fbpx

Rumah Automatik Senzo

Suis Sentuh Senzo

Dalam era kepesatan ekonomi ini, pelbagai ciptaan peralatan berteknologi tinggi direka khas untuk membantu memudahkan kehidupan seharian manusia. Orang ramai mengejar masa dan tidak mahu di bebani dengan hal remeh dan alatan berteknologi ini memang menjadi pilihan mereka.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan teknologi pasti mengetahui tentang teknologi rumah pintar atau ‘smart home’.

Teknologi ini mula diteroka di Malaysia pada awal tahun 2000 dan mula berkembang dan dikenali pada tahun 2006 dan popular sekitar tahun 2012.

Salah satu syarikat yang menjalankan kajian penyelidikan dan pembangunan sistem ini di Malaysia ialah Senzo yang sudah bertapak sejak tahun 1995 lagi. Mereka menawarkan sistem rumah pintar ini kepada rakyat Malaysia.

Didatangkan dengan sistem tanpa wayar (wireless), pengguna boleh memilih untuk memasang sistem rumah automatik bersama sistem keselamatan atau tanpa sistem keselamatan.

Secara asasnya konsep rumah pintar ini ialah setiap peralatan eletronik termasuk lampu, peralatan dapur, atau apa sahaja di dalam rumah akan dihubungkan dengan internet dan konsep ini dipanggil Internet of Things (IoT).

Dengan konsep ini, pemilik rumah boleh mengawal pelbagai produk eletronik dengan menggunakan satu applikasi di telefon pintar mereka.

Selain itu, butang sentuh yang sensitif sentuhan juga akan dipasang di dalam rumah. Maka degan hanya satu sentuhan anda dapat mengawal rumah pintar anda. Bukan sahaja barangan eletronik malah alat ini juga sensitif dengan suhu persekitaran.

Bermula dengan Senzo, produk pertama syarikat ini mula memasuki pasaran pada tahun 2006. Senzo ialah sistem suis pintar yang dicipta dimana boleh mengawal sistem pencahayaan rumah menggunakan infrared dan frekuensi radio serta didatangkan dengan sistem keselamatan. Senzo menggunakan perisian pengurusan (software management) melalui komputer.

Dengan kajian yang lebih mendalam, Senzo 2 dicipta dan di pasarkan pada tahun 2012 dengan rekaan teknologi dan sistem yang lebih canggih. Senzo 2 meliputi aspek keselamatan yang lebih tinggi. Berbanding dengan Senzo, Senzo tu ditambah baik dengan applikasi telefon pintar, sensor tanpa wayar dan teknologi jimat tenaga. Sistem ini juga menggunakan infrared dan frekuensi radio tanpa wayar yang boleh dikawal dengan alat kawalan jauh dan internet. Semua suis boleh dikunci untuk keselamatan dan mengelakkan penggunaan yang tidak dibenarkan.

Paling terkini dalam teknologi rumah pintar dari syarikat ini ialah Senzo Touch. Sistem ini lebih mesra pengguna dan lebih canggih daripada seistem-sistem sebelumnya.

Senzo Touch diperkenalkan pada tahun 2015 dengan penambah baikkan pada skrin sentuhannya. Selain skrin sentuh, alat kawalan jauh turut disertakan.

Sistem ini juga ditambah dengan kawalan pintu masuk IoT untuk menyokong keseluruhan rangkaian kedua-dua sistem Senzo sebelum ini.

Selain itu, sistem penggera juga disertakan bersama Senzo Touch. Sistem kali ini lebih mesra internet sepenuhnya dan tidak lagi menggunakan infrared.

Bukan sahaja sistem rumah pintar yang canggih disediakan, pengguna juga boleh memilih aksesori seperti ‘wallpaper’ atau kulit untuk suis sentuh Senzo yang menarik mengikut citarasa dan konsep rumah.

Sistem Penggera Senzo

Selain sistem rumah automatik, sistem keselamatan tanpa wayar juga penting di mana sistem ini akan bersambung dengan sistem rumah automatik anda dan bertindak dengan sensor dan penggera. Jadi, jika berlaku sebarang kecemasan, sensor akan mengesannya dan penggera akan berbunyi. Pengguna akan diberitahu melalui aplikasi telefon pintar mereka.

Yang lebih menarik, pengguna boleh memasang sendiri sistem dan suis sentuh Senzo ini kerana produk ini sememangnya mesra pengguna.

Jadi sudahkah anda bersedia untuk memilik rumah pintar?

FAQ

1Adakah teknologi tanpa wayar boleh dipercayai untuk rumah pintar?
Ya, ianya mudah dan hanya menggunakan aplikasi telefon mudah alih untuk mengawalnya. Semua jenis alat peranti pada era ini boleh dikawal oleh aplikasi telefon mudah alih termasuk rumah pintar. Dengan menggunakan sistem kawalan rumah pintar Senzo, anda boleh mengawalnya menggunakan satu aplikasi sahaja.
2Bolehkah saya mengawal sistem Senzo dengan menggunakan telefon mudah alih saya?
Ya, anda ada pilihan samaada menggunakan aplikasi Android atau iOS.Anda juga boleh mengawal dari jauh sistem Senzo di rumah walaupun di mana anda berada.
3Adakah saya perlu mengubah sistem pendawaian rumah saya untuk memasang Senzo Touch?
Tidak, Senzo Touch adalah sistem hibrid tanpa wayar yang diedarkan secara modular. Tidak perlu menyusun semula kabel data. Juga tidak perlu menambah peranti suis yang lain. Sistem kami menggunakan RF untuk berkomunikasi melalui antena dalaman.
4Bagaimanakah sistem memberitahu pemilik rumah untuk menukar bateri sensor tanpa wayar?
Apabila bateri berada di tahap rendah, ia akan menunjukkan pada perisian aplikasi (Telefon Mudah Alih) dan peranti itu juga akan memberitahu melalui suara (Klip bunyi, Klip).
5Bolehkah sistem gerbang automatik saya yang sedia ada berhubung dengan Senzo Touch?
Ya, Senzo Touch sangat serasi dengan Sistem Gate Automasi.

Memilik Rumah Pintar Sekarang

mengawal pelbagai produk eletronik dengan menggunakan satu applikasi di telefon pintar anda

Hubungi Kami