fbpx

Peredaran Udara POLA

Krisis tenaga ialah masalah yang dialami oleh banyak bahagian di dunia hari ini, sememangnya masalah ini mungkin menjadi lebih buruk kerana sumber bumi semakin berkurang dan secara tidak langsung meningkatkan harga setiap servis berkaitan tenaga yang kita gunakan. Bukan sahaja langkah penjimatan ekonomi yang perlu diambil kira tetapi perlu lakukan sesuatu yang boleh mengurangkan penggunaan tenaga. Penyelesaiannya ialah POLA YK-101, kipas peredaran udara yang menjimatkan tenaga.

Rekaan dan binaan unik berbanding kipas lain dipasaran yang konvensional tetapi juga moden. Reka bentuk pintar yang mengalirkan udara dengan cekap ke sekeliling tidak kira saiz bilik dan dijamin sentiasa memberikan pengudaraan yang baik.

Tidak seperti kipas biasa, peredaran udara polar berfungsi dalam satu ruang yang sama dan selamat digunakan untuk bilik dengan siling yang rendah. Di samping itu, teknologi yang digunakan membolehkannya mengedarkan udara diseluruh bilik dan sudut, tidak seperti kipas lain yang hanya mengedarkan udara hanya dikawasan bawahnya sahaja.

Bukan sahaja lebih selamat digunakam tetapi ia juga lebih mudah dari segi estetik. Produk ini direka untuk mengurangkan gangguan bunyi bising. Semestinya kipas pintar akan memenuhi kehidupan pintar anda.

Penyelenggaraan produk ini juga amat mudah, anda hanya perlu mengeluarkan penutup yang boleh dipusing dan bersihkan kipas anda secara menyeluruh.

Setiap peranti dirumah anda menggunakan alat kawalan jauh termasuk kipas. Produk ini boleh dikendalikan dengan alat kawalan jauh dan kita boleh mengawal kelajuannya mengikut kesesuaian.terdapat juga butang untuk tetapan masa dengan tiga pilihan cahaya masing-masing dengan warna yang berbeza untuk menjadikannya lebih mudah untuk anda mengendalikan kipas: 2 jam (Lampu merah) - 4 jam (Lampu hijau) - 6 jam (Cahaya oren).

Sebab utama produk ini lebih baik berbanding yang lain ialah penjimatan kuasa yang berkualiti. Produk ini boleh beroperasi dengan hanya 32W sehingga 53 w. Ini ditambah dengan anjakan udara yang luar biasa dengan isipadu-isipadu angin, yang berkisar antara 800-CMH dalam mod terendah hingga 1500-CMH.

Berbanding tenaga yang digunakan oleh kipas lain iaitu 540kWh setahun, produk ini hanya menggunakan 190.0kWh/ setahun.

Jadi marilah mengambil langkah bijak dengan menjalani gaya hidup moden, menjimatkan perbelanjaan dan penggunaan tenaga dengan bertukar kepada kipas peredaran udara Pola.

FAQ

1Apakah perbezaan antara Pola Ecofan dan kipas siling?
Perbezaan antara Ecofan dan kipas siling ialah ecofan sesuai untuk siling tinggi dan rendah tapi kipas siling sesuai untuk siling tinggi sahaja.
2Bolehkan anda terangkan apa fungsi untuk 3 warna cahaya pada kipas ini?
Fungsi untuk 3 warna cahaya adalah tetapkan pemasa untuk kipas iaitu Lampu merah (2 jam), Lampu hijau (4 jam), Lampu oren (6 jam).
3Apa kelebihan menggunakan Pola Ecofan ini?
Kelebihan menggunakan Ecofan adalah untuk menyelesaikan pergerakan aliran udara yang buruk di dalam persekitaran.
4Apa tempat yang sesuai untuk Pola Ecofan?
Tempat yang sesuai untuk Ecofan ialah rumah, pejabat, kedai, kelas di sekolah, hospital atau klinik, tempat hiburan dan ruang bawah tanah.
5Adakah Pola Ecofan memberikan keselamatan kepada pengguna?
Ya, Ianya kerana dengan bilah tertutup bertujuaan memberikan keselamatan yang lebih tinggi untuk persekitaran siling yang lebih rendah.

Menyejukkan Udara Rumah Anda Sekarang

menjimatkan perbelanjaan dan penggunaan tenaga dengan bertukar kepada kipas peredaran udara Pola

Hubungi Pakar Kami