fbpx

Penyedut Haba Rumah Zepher

Cuaca panas di Malaysia terutamanya negeri-negeri di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang yang lebih bahang menyebabkan suhu di dalam rumah menjadi tinggi dan udara menjadi bahang.

Bahang panas matahari yang terperangkap di dalam bumbung rumah akan menyebabkan haba panas memenuhi ruang rumah sehingga boleh mencecah suhu 70 darjah celcius terutama pada waktu siang dan malam. Kepanasan dan suhu yang tinggi menjadikan ketidak selesaan kepada penghuni rumah dan boleh mengurangkan produktiviti pengedaran udara di dalam rumah.

Dengan penciptaan teknologi sistem penebat dan penabis haba bumbung atau dikenali sebagai Ventilator dapat membantu mengatasi masalah ini. Terdapat dua jenis Ventilator yang berada di pasaran sekarang ini iaitu turbine ventilator dan solar ventilator.

Salah satu jenama yang menyediakan solusi alternatif dengan penjimatan kos yang efektif ialah Zepher.

Sistem teknologi rekaan Australia ini menggunakan sistem solar iaitu cahaya matahari untuk bertindak mengurangkan haba panas di dalam rumah dan bangunan.

Zepher di pasang pada bumbung bangunan dan boleh menstabilkan suhu persekitaran serta dapat menstabilkan peredaran udara secara konsisten. Alat ini menstabilkan suhu dengan memastikan penggunaan volume perubahan udara berada keadaan yang betul.

Panel solar ini mula menjana elektrik untuk menyejukkan bumbung rumah apabila matahari mula memanaskan bumbung (matahari terbit) dan mula berhenti berfungsi selepas matahari berhenti memanaskan bumbung (matahari terbenam).

Zepher melakukan pembersihan udara dalaman dengan mengubah beban haba yang tidak diingini yang terperangkap diantara bumbung dan siling kemudian menggantikannya dengan udara segar yang membolehkan anda untuk mempunyai persekitaran rumah yang sejuk dan kurang lembab.

Selain itu, udara panas digantikan dengan udara sejuk yang ditarik masuk melalui lubang daripada atap bumbung yang lebih rendah.

Terdapat dua jenis zepher yang diperkenalkan iaitu Zepher 30 dan Zepher 50. Yang membezakan kedua-dua jenis ini ialah kadar pengaliran udara yang dikeluarkan oleh setiap satu jenis.

Antara ciri-ciri Zepher 30 dan Zepher 50 ialah jangka hayat panjang yang berkualiti tinggi dan modul solar cekap. Motor alat yang kurang mengeluarkan bunyi bising dan tidak memerlukan penyelenggaraan. Diperbuat dengan kipas bermutu tinggi serta penstabilan UV berganda untuk aloi tahan karat yang digunakan.

Menurut kajian, Zepher telah terbukti amat berkesan dalam penyeraban haba pada musim panas di bahagian barat Australia di mana suhu melebihi 40 darjah celcius dengan penutupan awan yang minimum.

Iklim panas dan lembab di pantai timur Malaysia juga menjadi antara faktor yang menyebabkan jangka hayat stuktur organik seperti panel kayu dan keluli menjadi lebih pendek. Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada bahan-bahan tersebut dan menjadikan keluli cepat karat.

Oleh itu, Zepher sangat berkesan mengeluarkan haba dan udara panas bersama-sama dengan kelembapan keluar dari rumah dan bangunan.

Selain masalah kelembapan, Zepher juga membantu masalah habuk dan debu yang terperangkap di dalam bangunan juga boleh dikumpulkan dan dikeluarkan dari dalam bangunan ke kawasan luar. Amat sesuai untuk mereka yang alah kepada habuk terumatanya pesakit asma.

Alat ini juga tidak melibatkan kos penyelenggaraan, jadi memang amat mudah dan sesuai digunakan di rumah dan bangunan-bangunan perindustrian.

Kuasa penyerapan zepher ini dapat membantu untuk menghapuskan pelepasan atmosfera yang tidak diingini. Ini akan menjadikan persekitaran rumah dan tempat kerja menjadi lebih selesa dengan pengedaran udara yang lebih baik.

Bukan sahaja pada waktu panas, alat ini juga amat membantu pada waktu hujan di mana air-vent atau lubang udara boleh ditutup untuk mengelakkan haba keluar dan mengekalkan kehangatan di musim sejuk atau hujan.

Paling penting Zepher adalah teknologi mesra alam yang amat baik untuk menegkalkan kehijauan bumi. Dengan kos yang rendah dan tidak memerlukan penyelenggaraan, Zepher adalah pilihan yang terbaik.

Semua patut mencuba dan melihat keberkesanan serta hasil yang positif dengan Zepher 30 dan Zepher 50.

FAQ

1Apakah perbezaan antara Zepher dan Ventilasi Turbin?
Perbezaan antara Zepher and Ventilasi Turbin adalah 20 unit Ventilasi Turbin bersamaan 1 unit Zepher. Lebih jimat dan banyak ruang.
2Macam mana untuk mengendalikan penyelenggaraan Zepher?
Pada dasarnya hanya melakukan setiap bulan untuk menyemak fungsi bumbung Zepher. Jika ada masalah sila hubungi kami untuk mengenalpasti.
3Bagaimanakah untuk memasang produk ini?
Untuk memasang Zepher anda perlu membuat lubang untuk meletakkan frame dan Zepher di atas bumbung. Hanya semudah itu.
4Produk ini sesuai untuk rumah atau kilang?
Bumbung Zepher Ventilasi sesuai untuk rumah dan kilang.
5Berapa tahun hayat hidup untuk produk ini?
Ianya bergantung pada macam mana cara pelanggan menjaga penyelenggaraan Zepher.

Memiliki Zepher Sekarang

menjadikan persekitaran rumah lebih selesa dengan pengedaran udara yang lebih baik

Hubungi Kami