fbpx

Menyejukkan Rumah

Penyelesaian Masalah Rumah Panas dan Bahang

Malaysia merupakan negara beriklim khatulistiwa, semestinya cuaca di negara ini amat panas terutamanya di kawasan pantai timur iaitu di negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang. Di mana kedudukan geografi kawasan tersebut majoritinya berdekatan dengan kawasan pantai.

Suhu di dalam rumah juga akan cepat berubah menjadi bahang terutamanya pada waktu tengah hari dan ketika musim panas.

Rekabentuk kebanyakkan rumah di Kelantan,Terengganu dan Pahang menyebabkan udara panas terperangkap di dalam rumah terutamanya rumah jenis kondominium, ini kerana tiada laluan udara untuk keluar dari kawasan rumah dan sistem peredaran udara yang kurang baik.

Antara faktor utama yang perlu dikenalpasti ialah mengetahui cara untuk mengatasi panas dalam bilik, ini adalah dengan mengetahui penyebab panas itu sendiri. Terdapat tiga faktor utama udara panas terperangkap di dalam rumah:

Sinar matahari

Sinar matahari adalah sumber haba utama. Sinaran matahari akan masuk ke dalam bilik melalui medium bumbung dan dinding rumah.

Keadaan panas persekitaran rumah

Persekitaran yang gersang, dan terdapat banyak haba panas yang terperangkap serta tidak dilindungi boleh menyebabkan suhu panas dalam bilik. Contoh,jika rumah di tepi jalan raya, maka besar kemungkinan panas dalaman disebabkan oleh haba panas permukaan asfalt yang telah masuk ke dalam rumah.

Sumber panas lain

Sumber lain yang menyumbang pada suhu bilik adalah haba panas peralatan elektrik, suhu ketika memasak, dan suhu badan manusia.

Satu lagi masalah yang tidak boleh dielakkan ialah isu tahap kelembapan yang tinggi menyebabkan suhu bilik sekitar 32°C terasa seperti 41°C. Ini dikenali sebagai Heat Index (Indeks Haba), kerana kelembapan yang tinggi menyebabkan peluh di badan lambat tersejat.

Ramai yang berpendapat dengan hanya menggunakan penyaman udara dan kipas mungkin mencukupi untuk menyejukkan rumah serta dapat membantu mengatasi masalah ini.

Tapi, sebenarnya jika sistem pengudaraan di dalam rumah tidak sempurna, penggunaan tenaga elektrik akan meningkat kerana ia memakan tenaga elektrik hampir 34 peratus daripada keseluruhan penggunaan dalam sehari.

Terdapat beberapa cara untuk membantu meningkatkan pengedaran udara menjadi lebih baik dan membantu mengurangkan rasa bahang di dalam rumah. Antaranya dengan menanam pokok yang akan menghasilkan proses fotosintesis, mengecat dinding rumah dengan warna cerah, menggunakan papan fiber simen untuk siling rumah atau yang lebih mudah dengan membuka tingkap pada waktu malam.

Bagaimanapun dengan kemajuan teknologi kini seiring dengan perkembangan masa, pelbagai bahan berteknologi telah dicipta untuk mengatasi masalah ini.

Cara-cara Untuk Meningkatkan Pengedaran Udara

Terdapat beberapa alat untuk mengurangkan haba panas di dalam rumah iaitu sistem penyedut haba rumah dan penebat haba rumah. Apakah fungsi kegunaan teknologi dan alat-alat ini?

Diharap pada masa akan datang, penduduk di Malaysia terutamanya di kawasan pantai timur cukup bijak bukan sahaja untuk membina rumah yang cantik, tetapi juga praktikal dan jimat tenaga serta dapat mencipta suasana nyaman untuk keselesaan masa hadapan.

Mengurangkan Haba Rumah Sekarang

meningkatkan pengedaran udara dan membantu mengurangkan rasa bahang di dalam rumah

Hubungi