Lampu LED QLUX ialah satu inovasi dalam dunia pencahayaan. Kita telah menggunakan pencahayaan tradisional yang kasar sejak sekian lama untuk melakukan pelbagai aktiviti harian atau menerangkan rumah dimana boleh merosakkan mata dan penglihatan dalam jangka masa yang lama. Kini, kita tidak perlu risau lagi dengan masalah tersebut. Lampu LED QLUX ialah penyelesaiannya.
Bukan sahaja selamat untuk mata dan penglihatan anda, tetapi reka bentuk lampu ini boleh tahan 10 kali lebih lama berbanding lampu-lampu biasa. Anda boleh menjimatkan wang dan tiak perlu menukar mentol dengan kerap. Sangat mesra ekonomi.
Semua Produk Bagus Untuk Mata dan Menjimatkan
Lampu LED QLUX menawarkan pelbagai produk untuk pelbagai penggunaan, dan semua produk bagus untuk mata dan menjimatkan.

Jika anda suka membaca dan sering sakit mata jika membaca dengan lama, ini mungkin kerana lampu yang anda gunakan mengeluarkan cahaya yang agak kasar. Cahaya daripada mentol biasa sangat kuat dan boleh menjadikan mata dan kepala anda sakit. Lampu LED QLUX menggunakan mentol Super Q 4.5w dan 8w boleh menjimatkan, mengurangkan sakit mata dan membantu anda untuk membaca. Apa yang lebih baik ialah lampu ini tidak mengeluarkan haba berbanding lampu meja biasa yang digunakan selalunya membuatkan anda berasa tidak selesa dengan haba panas yang dikeluarkan.

Mentol Omni merupakan satu produk yang berbeza di pasaran. Lampu LED biasa hanya menerangkan satu kawasan secara langsung, penjimatan tenaga berlaku tetapi kawasan yang diterangi adalah terhad. Mentol Omni didatangkan dengan rekaan 360 darjah yang boleh memberi pencahayaan yang luas ke setiap ruang berbanding lampu LED biasa. Anda tidak memerlukan mentol yang banyak untuk menerangkan rumah anda dan ini menjimatkan perbelanjaan.
Setiap produk lampu LED QLUX didatangkan dengan kaedah kimpalan khas untuk mengurangkan pembaziran dan pencemaran. Bukan sahaja baik untuk mata dan menjimatkan wang tetapi dan menyelamatkan pencemaran bumi.